Saturday, 5 December 2015

Jenis baja kelapa sawit

Ada banyak jenis baja kelapa sawit di pasaran. Membaja adalah aktiviti yang penting untuk kelapa sawit. Untuk memastikan kelapa sawit mengeluarkan hasil yang optimum 1 tan/ekar pengambilan baja harus dititikberatkan.
Selain dari faktor kesuburan tanah yang merosot, serangan serangga perosak, faktor cuaca, faktor baja juga sangat penting. Pengambilan baja yang berkualiti akan memberi kesan yang berbeza dari satu baja dengan satu baja yang lain. Apa yang paling penting yang dinamakan baja itu ia wajib mengandungi NPK. Kalau tak de NPK, atau salah satu darinya.

Secara umumnya jenis jenis baja kelapa sawit yang biasa digunakan untuk kelapa sawit dikategorikan seperti berikut
Jenis baja tunggal
Baja yang mengandungi satu sahaja unsur penting. contohnya urea N46 – mengandungi 46 peratus Nitrogen (N), AS21 – mengandungi 21 peratus N, MOP (muriate of potash) – mengandungi 60 peratus K, CIRP (cristmas island rock phosphate) mengadungi antara 28 – 34 peratus P). Biasa kalau kita nak beli kat kedai kita sebutkan aje kod kod seperti Urea, M.O.P, AS21 atau R.P.
Jenis baja campuran
Baja campuran adalah baja tunggal yang dicampurkan mengikut keperluan yang diperlukan kepada kelapa sawit. contoh mencampurkan urea dengan MOP. Walaubagaimanapun, untuk mencampurkan itu, tidak boleh semua itu boleh dicampurkan mengikut apa yang kita faham. melainkan kita memahami tindakbalas kimia diantara satu unsur dengan unsur yang lain. Dan lagi bagi saya, baja jenis campuran ini tidak dapat disimpan lama, melainkan selepas dicampurkan dan ditaburkan kepada kelapa sawit, kerana tindak balas kimia sesamanya akan menyusutkan keupayaan baja itu sendiri.
Benis baja sebatian
Baja ini adalah yang paling praktikal untuk pekebun kerana ia telah diformulasi mengikut kesesuaian kelapa sawit. Walaubagaimanapun harganya sedikit tinggi. Anggaran harga dipasaran RM80 – RM120. Baja sebatian yang terkenal seperti cap kuda singa (keluaran BM) dan cap kepala ayam (keluaran CCM).
Selain dari itu ada juga jenis baja lain dikategorikan sebagai jenis baja tambahan yang biasa disebut sebagai t.e (trace elements). Yang biasa pekebun cari seperti boron dan magnesium.
Selain dari itu jenis lain-lain sebagai pilihan seperti baja organik, cecair dan baja kimia berbentuk yang ringkas seperti Potent. klik www.tukangkeboon.com
Selain dari menabur baja yang perlu kepada kelapa sawit, Waktu atau tempoh kekerapan juga penting untuk baja ditabur di tanah. Biasa pekebun praktis menabur 3 atau 4 bulan sekali. Ini adalah tempoh yang paling praktikal. Walaubagaimanapun boleh juga untuk tabur setiap bulan dengan kadar jumlah baja yang sedikit sedikit, namun ia tidak praktikal. 
Namun menabur baja 6 atau setahun sekali dengan jumlah yang banyak – satu kali tabur banyak banyak, ini yang tidak sesuai kerana ia akan berlaku banyak pembaziran zat baja akibat hidrasi atau mungkin hanyut di bawa air ketika hujan melanda.
Anda boleh pilih apapun jenis baja untuk kelapa sawit anda. Apa yang paling penting ia kos efektif. 

No comments:

Post a Comment