Saturday, 5 December 2015

Zat-Zat Makanan yang diperlukan oleh Kelapa Sawit

Terdapat 16 unsur zat makanan kelapa sawit yang perlu.  Unsur-unsur zat makanan tersebut adalah seperti dibawah:-
  1. Carbon (C)
  2. Hidrogen (H)
  3. Oxygen (O)
  4. Nitrogen* (N)
  5. Phosphate*(P)
  6. Potassium*(K)
  7. Magnesium* (Mg)
  8. Calcium (Ca)
  9. Chloride (Cl)
  10. Boron* (B)
  11. Sulphur (S)
  12. Copper (Cu)
  13. Zink (Zn)
  14. Ferum (Fe)
  15. Manganase (Mn)
  16. Molybdenum (Mo)
* Adalah zat makanan yang kerap digantikan.


Tiga yang pertama iaitu Karbon, Hidrogen dan Oxigen adalah unsur yang diperolehi daripada udara.  Manakala unsur-unsur lain adalah diperolehi daripada tanah atau bahan yang terkitar semula dan juga melalui pembajaan. Lapan unsur pertama adalah termasuk dalam kategori zat makanan major.  Zat makanan minor pula bermula daripada nombor 10 iaitu Boron hingga ke 16 iaitu Molybdenum.

Manakala unsur Chloride pula boleh tergolong kedalam zat makanan major dan boleh juga kedalam zat makanan minor.  Setiap zat makanan ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri .  Zat-zat makanan ini boleh ditemui didalam pelbagai bahagian dalam pokok kelapa sawit.  Kadar keperluan  pokok kelapa sawit bagi setiap zat makanan yang tersenarai diatas adalah berbeza-beza.

FUNGSI  ZAT MAKANAN.
Secara amnya fungsi zat makanan adalah bagi melengkapkan proses biosintesis dan kebanyakkannya pula bertindak sebagai ‘Enzim Activator’.  Secara ringkasnya fungsi bagi setiap zat makanan adalah seperti berikut:-
  • Nitrogen atau N banyak ditemui di dalam komponen-komponen daun.  Unsur N bertindak sebagai pengaktif enzim.  Unsur N bertanggungjawab dalam meningkatkan produksi daun dan keluasan permukaan daun.
  • Phosphorus atau P  adalah unsur  yang terdapat didalam asid nukleik (DNA and RNA) yang mana terlibat dengan penyimpanan, pemindahan maklumat genetik dan pemindahan tenaga (ATP)  dalam sel tumbuhan.   Peratusan unsur P adalah tinggi dibahagian akar dan batang.  Secara amnya, unsur P boleh dikatakan sebagai salah satu unsur yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan akar.
  • Kalium atau K adalah penting dalam aktiviti fisiliogi daun dan tumbesaran pokok.  K juga diperlukan untuk pembungaan, penghasilan buah dan ketahanan terhadap penyakit.  Peratusan K adalah tinggi dibahagian batang, pelepah dan buah.
  • Magnesium  atau Mg adalah unsur yang terlibat dalam aktivit  metabolism tumbuhan.  Ia juga terdapat dalam molekul klorofil dan komponen enzim.  Unsur Mg juga terlibat dalam sintesis minyak sawit.
  • Boron atau B adalah penting untuk sintesis sel dinding dan karbohidrat.  Ia juga penting dalam pembentukan protein dan debunga.  Selain daripada itu ia juga terlibat dalam tumbesaran tiub debunga.
Unsur-unsur ini perlu hadir dalam kuantiti yang seimbang.  Unsur-unsur yang tidak seimbang akan menyebabkan aktiviti-aktiviti fisiologi tumbuhan dan enzim akan perlahan atau mungkin boleh menyebabkan proses tumbesaran terbantut.  Kekurangan sesuatu unsur juga boleh menyebabkan sistem pertahanan pokok sawit menjadi lemah dan mudah mendapat penyakit.   

Analisa daun adalah penting untuk memastikan setiap unsur yang dinyatakan berada pada paras keperluan yang seimbang.  Unsur yang kurang akan digantikan melalui pembajaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment